Hari ini, saya terlihat seorang lelaki yang amat tampan =)
Hari ini, saya cuba menderma darah tetapi malangnya, saya tidak menetapi syarat oleh itu, darah saya tidak layak untuk didermakan.
Hari ini, saya potong rambut, dan pendandan rambut saya melukai dirinya sendiri kerana kecuaiannya apabila menggunakan gunting.
Hari ini, saya memakai kasut tumit tinggi yang hampir membunuh saya.
Ini adalah kawan saya yang amat 'syok sendiri'
Dia suka kucing dan akan mengeluarkan bunyi "meow" apabila melihat kucing.
Saya tidak berapa suka kucing. Kucing amat menakutkan, terutamanya pada waktu malam.